Sejarah dan perubahan terjadi pada semua tahap hierarki, namun

Sejarah Taksonomi Bloom bermula pada awal tahun 1950-an. Semasa Persidangan Persatuan Psikologi Amerika, Bloom dan kawan-kawannya menjelaskan bahawa penilaian hasil pembelajaran dan soalan yang diajukan hanya meminta pelajar untuk menyatakan apa yang mereka hafal sahaja. Persidangan tersebut merupakan kesinambungan dari persidangan yang pernah dilakukan pada tahun 1948. Menurut Bloom, kemahiran menghafal merupakan peringkat paling rendah dalam kemampuan berfikir. Terdapat banyak peringkat dan tahap yang lebih tinggi harus dicapai dalam proses pembelajaran agar dapat menghasilkan pelajar yang lebih mahir dalam bidangnya.Pada tahun 1956, Bloom, Englehart, Furst, Hill dan Krathwohl telah memperkenalkan Taksonomi Bloom juga dikenali sebagai konsep kemampuan berfikir. Taksonomi Bloom adalah hierarki yang mengenal pasti kemahiran dari peringkat yang rendah sehingga peringkat yang tinggi. Peringkat rendah perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum mencapai ke peringkat yang lebih tinggi. Benjamin Bloom (1956) telah mengklasifikasikan aras tingkah laku keintelektualan dalam pembelajaran  kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan  domain psikomotor dalam tujuan pendidikan ini.Pada tahun 1994, salah seorang daripada murid Bloom, Lorin Anderson Krathwohl dan ahli- ahli pakar psikologi aliran kognitif, pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan pentaksiran telah menambah baik Taksonomi Bloom agar sesuai dengan peredaran masa dan abad ke-21. Usaha ini telah berterusan selama enam tahun dan hasil daripada penambahbaikan tersebut barulah diterbitkan pada tahun 2001 dengan nama Revisi Taksonomi Bloom. Semakan semula hanya dilakukan pada domain kognitif dan mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan. Semakan semula meliputi perubahan kata kunci dari kata benda menjadi kata kerja untuk setiap tahap taksonomi dan perubahan terjadi pada semua tahap hierarki, namun urutan tahap masih sama kecuali tahap 5 dan tahap 6 dari peringkat yang terendah hingga tertinggi.